
TEAM MAKATAGIH SEMPORNA TRAVEL
Ditubuhkan pada tahun 2016 oleh graduan Malaysia yang menuntut di Universiti Malaysia Sabah, Makatagih Semporna Travel kini menjadi syarikat pelancongan yang berkembang secara pantas di Malaysia dengan rekod membawa lebih 50,000 rakyat Malaysia melancong ke Semporna Sabah.
Bermula hanya dengan 2 orang sahaja, kini Makatagih Semporna Travel berkembang kepada lebih 10 orang pekerja sepenuh masa dan pekerja sambilan seramai 10 orang.
Travel Agensi yang dimiliki sepenuhnya oleh anak tempatan Semporna yang bertapak di Semporna Sabah. Kami mempunyai 8 tahun pengalaman dalam mengendali dan menyediakan Servis Travel Agensi yang Terbaik di Semporna.
KENAPA WAJIB PILIH KAMI SEBAGAI AGENSI PERCUTIAN ANDA DI SEMPORNA?
Harga Pakej yang kami tawarkan TERLAJAK MURAH. Pakej penginapan di Resort atas air dan Hotel Pekan Semporna yang SUPER SELESA. Pengangkutan yang kami sediakan semestinya selesa untuk semua customer tersayang. Semestinya TIADA CHARGE TERSEMBUNYI.
Bayaran secara ANSURAN kami terima. Deposit SERENDAH RM200 seorang untuk LOCK date dan tempah bilik penginapan resort atas air.
Percutian diuruskan sepenuh oleh Pihak Travel dari A – Z. Tak perlu pening kepala, tak perlu risau KENA SCAM. Kami MAKATAGIH Team admin, guide yang peramah, rajin, pantas, mesra dan manis akan merialisasikan percutian anda di Semporna dengan sebaiknya. Datang tinggal bawa diri, pakaian dan perbelanjaan peribadi, customer boleh bercuti dengan tenang dan gembira.
Sempurnakan Percutian Anda bersama kami MAKATAGIH SEMPORNA TRAVEL.

Kepakaran Laut
- Mempunyai staff Tour Guide di laut yang berpengetahuan luas dalam ekosistem laut dan Pulau-Pulau di Semporna Sabah.
- Staff Tour Guide yang akan membawa anda ke tempat spot menyelam, snorkeling terbaik. Tour guide akan bertanggungjawab memastikan anda mendapat pengalaman percutian yang terbaik sepanjang menyertai aktiviti di Pulau-Pulau di Semporna.

Mesra Penduduk
- Travel Agensi yang terkenal dengan kebolehan kemesraan lokaliti. Semua staff mempunyai keupayaan yang tinggi dalam berkomunikasi dan memahami pelbagai jenis bahasa yang ada di Semporna Sabah.
- Staff kami bukan sahaja mahir dalam bahasa tempatan, tetapi juga sangat memahami adat resam, tradisi, dan cara hidup penduduk setempat. Kebolehan ini menjadi satu kelebihan buat Team kami untuk memberikan perkhidmatan yang lebih efektif serta berkualiti dan bermakna kepada pelancong. Justeru menjadikan setiap pengalaman bercuti anda di Semporna lebih autentik dan menyeluruh.

Tour guide yg kreatif
- Salah satu Travel Agensi yang ada di Semporna yang terkenal dengan kebolehan staff serta Tour Guide yang mahir dalam mengambil video dan gambar-gambar menarik di Pulau-Pulau Semporna.
- Dengan kepakaran yang di miliki dalam bidang Photography dan pengetahuan luas tentang lokasi-lokasi yang terbaik di Pulau Semporna, Team kami akan merealisasikan impian anda untuk mendapatkan view gambar dan video di Pulau Semporna yang menarik sepanjang percutian di Semporna.

makatagih semporna travel
Makatagih Semporna Travel and Tour Sdn Bhd
Lot 17 Tingkat 3, Bangunan Seafest Square, Seafest Complex, Jalan Kastam, 91308 Semporna Sabah.
makatagihsempornatravel@gmail.com
Hubungi kami
089 788 910
makatagihsempornatravel@gmail.com
Isnin-Ahad
8.00AM-5.00PM
Khidmat komuniti




Pencapaian


Cipta kenangan bersama kami




















